Saturday, January 7, 2012

CIRI-CIRI KREATIVITI

Terdapat beberapa ciri-ciri kreativiti yang dapat dibincangkan kali ini:
a)      Bersifat fleksibel – seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
b)     ) Sensitif dan peka – individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
c)      Idea yanga asli dan tulin – seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.
d)     Bersifat terbuka – mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik.
e)      Logik – peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.
f)       Berfikiran bebas – golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

1 comment: